Thursday, February 4, 2010

KAHWIN ITU LEMBAP


Lembap ke??? tapi itu terpulang sebenarnya…aku terdetik untuk mengulas kenyataan ini setelah membaca artikel saifulislam.com.. Beliau memberi pandangan mengenai KAHWIN SEMASA BELAJAR. Elok benar lah aku bercakap mengenai kahwin, umur aku pun dah mencecah 23 tahun..huh..terasa tua di sini.. Kalau orang dulu-dulu,anak dah 2,3 orang..tapi takpelah..aku bakal wanita bekerjaya..:).


Aku tak nafikan, golongan perempuan or should I say wanita macam aku ni akan terdetik,paling tidak sekali dalam hidup mereka..AKU NAK KAHWIN.. Tak kisah la yang dah ada calon ke , yang masih tercari-cari ke or yang ada banyak calon ke???..Lebih-lebih lagi tengok member2 sorang demi sorang kawin..dah ada yang ada anak pun kawan2 aku neh..Jijah,suraya,azie..n aku paling suka sarah-haris..comey je diorang..anak mesti comey kan..???tak sabar aku nk tgk baby sekmu..

Tak susah nak mencari yang halal.. Kawin ni baik untuk mengelakkan maksiat, baik untuk mereka yang dah lama terikat..Dikhuatiri akan jemu..yes..JEMU..Tapi itu perancangan jangka pendek.. Perkahwinan sebenarnya bukan hanya untuk mengelakkan maksiat semata-mata, tapi pasangan itu perlu ada kesanggupan untuk susah dan senang bersama-sama, ketabahan diri, “skill” untuk melayarkan bahtera perkahwinan dan bersedia untuk menerima tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab itu..ada berani????..hmm,itu membuatkan aku berfikir berpuluh kali…am I willing to??


Ustaz itu mengatakan lembap jika seseorang itu kawin KALAU seseorang itu jenis yang suka mencabar diri sendiri..suka mengembara untuk menimba lebih banyak ilmu..merantau melihat Negara lain..Mengambil iktibar dan perkara-perkara positif dan menjadikan keburukan sebagai teladan.Maka,perkahwinan itu adalah “menyusahkan” diri sendiri. Kan lebih baik jika seseorang itu menyudahkan pengembaraan hidup dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan..Sesuai untuk mereka yang belajar di luar Negara..Luaskan lah sayap meneroka bumi ALLAH ini..Tapi aku berpendapat ini lebih sesuai untuk kaum Adam..Hawa pada firasat aku kahwin itu tidak wajar jika wanita itu boleh mengawal diri dan dirinya perlu ada untuk membantu keluarga.Maka,kahwin itu boleh diketepikan buat sementara waktu..Bukan menidakkan hokum dunia,tapi bak kata buku AKU TERIMA NIKAHNYA “ jangan tergesa-gesa,jangan bertangguh-tangguh”.


Buat lelaki-lelaki pula kalau nak menguji samada anda bersedia atau tidak..mudah saja bagi aku. Anda berani atau tidak bersemuka dengan ibu bapa sendiri dan menyatakan hasrat untuk berkahwin. Kalau jawapannya tidak, makanya anda MEMANG TAK BERSEDIA. Kalau benda sebegitu kecil pun tak mampu dilaksanakan,percayalah anda tidak akan mampu mengemudi layar PERKAHWINAN.

Dan bagi mereka yang tidak tahu arah tuju, “lost” or tidak suka akan cabaran.Perkahwinan memang la sgt sesuai..Maksudnya, perkahwinan itu tidak akan memberikan bebanan, malahan akan banyak membantu kalian. Tapi pokoknya, perkahwinan itu wajar atau tidak adalah bergantung kepada individu itu sendiri.Tepuk dada, Tanya selera..Tapi akal perlu waras untuk melaksanakan segalanya..

p/s: Aku bangga tengok member2 aku kahwin awal..aman damai je..Berkekalan hendaknya..aminn

2 comments:

_b4rb_ said...

hurm.ssh ek nk btau kt parents ckp nk kawen?
pendapat aku la.xde la sukar mane.tp ni hanya pendapat.
=)

donakbulak said...

susah bg mereka yang masih belum bersedia..x sedia x yah kawin..:)