Sunday, February 28, 2010

sakit perut~

dah lama x update..laptop pun tadak..ni pun pinjam orang punye..


bnyk bnda2 yang berlaku kot skang..dan exam pun da x sampai 2 minggu lagi..tp habuk pun tarak..kosong je otak..


penyakit aku kat seroja cam menular balik je..tdo je keje..ptg tdo..mlm pun b4 12 aku dh tdo best gile..argh....wat to do..tp siyes letih la..lecture..posting..uh..uh..


ni la org kate medic, susah sungguh..tp takpe la..


yang penting aku balik 20 mac ni..x sabar rasenya..barang2 pun da kumpul sket2..x complete lg tp..



dan..aku da beli hp baru..murah je..tp mcm bes je..huk

Tuesday, February 16, 2010

Acute Iron Poisoning

arini ada seminar pharmaco..every week kot ada..huh..study ke???haha..hanya farah yang tahu..:)...but then,ok la..bleh la jawab..its all about acute iron poisoning..cerita lain jom..


aku bukan peminat muzik..certain song je aku layan..slow..menenangkan jiwa sahaja..bising2 bisa peningkan kepala saja..tp aku ada satu lagu, dlu lagi aku suka..sbb,melodinya kot..hmm..tp rase2 skang ni aku makin suka..


ini dia...Tiada Lagi by Amy Search



Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu









Monday, February 15, 2010

saturated




kalau dah mmg jenis camtu, buat camne pun camtu jgk la hasilnya

Friday, February 12, 2010

hepi besday Nadiah Badrul Hisham



bertahan dan masih cuba bertahan..


tika perkara telah melebihi batas..


hati berubah sekeras kerikil..


jangan cuba menduga aku..


sbb kau belum kenal aku siapa..


biasa pada kau,luar biasa bagi aku.





*pilihan masih ada,dan aku harus membuat pilihan..

Thursday, February 4, 2010

KAHWIN ITU LEMBAP


Lembap ke??? tapi itu terpulang sebenarnya…aku terdetik untuk mengulas kenyataan ini setelah membaca artikel saifulislam.com.. Beliau memberi pandangan mengenai KAHWIN SEMASA BELAJAR. Elok benar lah aku bercakap mengenai kahwin, umur aku pun dah mencecah 23 tahun..huh..terasa tua di sini.. Kalau orang dulu-dulu,anak dah 2,3 orang..tapi takpelah..aku bakal wanita bekerjaya..:).


Aku tak nafikan, golongan perempuan or should I say wanita macam aku ni akan terdetik,paling tidak sekali dalam hidup mereka..AKU NAK KAHWIN.. Tak kisah la yang dah ada calon ke , yang masih tercari-cari ke or yang ada banyak calon ke???..Lebih-lebih lagi tengok member2 sorang demi sorang kawin..dah ada yang ada anak pun kawan2 aku neh..Jijah,suraya,azie..n aku paling suka sarah-haris..comey je diorang..anak mesti comey kan..???tak sabar aku nk tgk baby sekmu..

Tak susah nak mencari yang halal.. Kawin ni baik untuk mengelakkan maksiat, baik untuk mereka yang dah lama terikat..Dikhuatiri akan jemu..yes..JEMU..Tapi itu perancangan jangka pendek.. Perkahwinan sebenarnya bukan hanya untuk mengelakkan maksiat semata-mata, tapi pasangan itu perlu ada kesanggupan untuk susah dan senang bersama-sama, ketabahan diri, “skill” untuk melayarkan bahtera perkahwinan dan bersedia untuk menerima tanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab itu..ada berani????..hmm,itu membuatkan aku berfikir berpuluh kali…am I willing to??


Ustaz itu mengatakan lembap jika seseorang itu kawin KALAU seseorang itu jenis yang suka mencabar diri sendiri..suka mengembara untuk menimba lebih banyak ilmu..merantau melihat Negara lain..Mengambil iktibar dan perkara-perkara positif dan menjadikan keburukan sebagai teladan.Maka,perkahwinan itu adalah “menyusahkan” diri sendiri. Kan lebih baik jika seseorang itu menyudahkan pengembaraan hidup dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan..Sesuai untuk mereka yang belajar di luar Negara..Luaskan lah sayap meneroka bumi ALLAH ini..Tapi aku berpendapat ini lebih sesuai untuk kaum Adam..Hawa pada firasat aku kahwin itu tidak wajar jika wanita itu boleh mengawal diri dan dirinya perlu ada untuk membantu keluarga.Maka,kahwin itu boleh diketepikan buat sementara waktu..Bukan menidakkan hokum dunia,tapi bak kata buku AKU TERIMA NIKAHNYA “ jangan tergesa-gesa,jangan bertangguh-tangguh”.


Buat lelaki-lelaki pula kalau nak menguji samada anda bersedia atau tidak..mudah saja bagi aku. Anda berani atau tidak bersemuka dengan ibu bapa sendiri dan menyatakan hasrat untuk berkahwin. Kalau jawapannya tidak, makanya anda MEMANG TAK BERSEDIA. Kalau benda sebegitu kecil pun tak mampu dilaksanakan,percayalah anda tidak akan mampu mengemudi layar PERKAHWINAN.

Dan bagi mereka yang tidak tahu arah tuju, “lost” or tidak suka akan cabaran.Perkahwinan memang la sgt sesuai..Maksudnya, perkahwinan itu tidak akan memberikan bebanan, malahan akan banyak membantu kalian. Tapi pokoknya, perkahwinan itu wajar atau tidak adalah bergantung kepada individu itu sendiri.Tepuk dada, Tanya selera..Tapi akal perlu waras untuk melaksanakan segalanya..

p/s: Aku bangga tengok member2 aku kahwin awal..aman damai je..Berkekalan hendaknya..aminn

Wednesday, February 3, 2010

huh~

jangan nak berlagak bleh tak??